Perisian Hasad BloodyStealer


Perisian hasad yang mencuri butiran peribadi atas talian bukanlah sesuatu konsep yang baru. Secara lazimnya, penggodam akan cuba untuk menyerang syarikat-syarikat telekomunikasi atau perbankan untuk mendapatka maklumat ini, tetapi baru-baru ini, laporan mengenai perisian hasad BloodyStealer dilihat akan mencuri butiran peribadi melalui platform permainan komputer yang popular.

Perisian hasad ini akan menjangkiti komputer anda, dan akan mencari maklumat log pengguna untuk platform permainan komputer popular, seperti Steam, Origin, Epic Games dan sebagainya, dan selepas ia didapati, akan memuat-naik data tersebut ke mesin pelayan penggodam ini. Perisian hasad ini juga hadir dengan ciri sekuriti mereka sendiri yang membuatkannya sangat sukar sekali untuk dikesan oleh perisian sekuriti komputer sedia ada.

Perisian hasad ini ditemui oleh pihak Kaspersky Labs baru-baru ini, yang mengatakan bahawa walaupun perisian hasad ini hanya baru diperkenalkan, harga penyewaan sistem godaman ini yang sangat mampu milik ($10 sebulan, $40 untuk langganan seumur hidup) membolehkan hampir sesiapa sahaja untuk menggunakan perisian ini untuk mendapatkan maklumat peribadi tersebut.

perisian BloodyStealer ini boleh mencari storan dan memori komputer anda untuk butiran-butiran seperti maklumat peranti, butiran kad kredit dan debit yang digunakan untuk membeli permainan-permainan komputer, tangkapan layar dan sebagainya. Log akaun pengguna yang mengandungi kata laluan juga akan dicari, dan maklumat-maklumat ini dikatakan boleh dijual untuk harga yang agak lumayan di arena web gelap.

Kasperksy Labs turut menemui beberapa beberapa penggodam yang telahpun mula menjual maklumat ini dan mengatakan bahawa pengguna-pengguna yang terkesan termasuklah mereka yang berada di Asia Pasifik, Eropah, Amerika Selatan dan sebagainya.

Cara perisian hasad ini tersebar juga dijangka adalah melalui kaedah-kaedah godaman tradisional, melalui emel yang mengandungi pautan atau fail yang boleh dimuat-turun secara tidak sengaja, ataupun melalui perisian cetak rompak.

Kaspersky Labs menasihatkan orang ramai supaya untuk memastikan akaun-akaun platform permainan komputer anda, dan juga semua akaun-akaun digital anda untuk menggunakan kata laluan yang kompleks, dan untuk mengaktifkan pengesahan dwi-faktor yang akan menyukarkan penggodam ini untuk mengakses akaun anda.

 

0/komen