Samsung Galaxy M52 5G Dilancarkan


Samsung Galaxy M52 5G sepatutnya dilancarkan pada 28 September di India.
Namun peranti ini  telah dilancarkan di Poland lebih awal dan kini kesemua maklumat mengenai peranti telahpun diketahui. Ia adalah sebuah peranti dengan skrin 6.7″ AMOLED FHD+ 120Hz, Snapdragon 778G, memori 6GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 25W.

Kamera utama terdiri daripada sensor 64MP sudut lebar, 12MP lensa sudut lebar dan 5M makro. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 32MP. Peranti turut mempunyai pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa. Peranti walau bagaimanapun tidak mempunyai bicu audio ataupun speaker stereo. Namun begitu sokongan audio Dolby Atmos menggunakan fon telinga masih disokong.


Sistem operasi yang digunakan ialah Android 11 dengan pelancar One UI 3.1. Ciri lain yang disertakan ialah NFC dan sokongan sistem RAM Plus yang membolehkan RAM maya ditambah sehingga 4GB sekiranya diperlukan oleh pengguna. Walaupun telah dilancarkan di Poland, harga jualannya masih belum diumumkan..
 

0/komen