Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Samsung Galaxy Z Flip3 5G akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia.
Dari segi spesifikasi Samsung Galaxy Z Fold3 5G dilengkapi skrin luaran 6.2″ AMOLED HD+ 120Hz, skrin dalaman boleh-lipat 7.6″ QXGA+ AMOLED 120Hz, cip Snapdragon 888, memori 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4400 mAh. Peranti menyokong pengecasan pantas 25W secara berwayar dan nirwayar 11W menerusi port USB-C.
Kamera utama menggabungkan sensor 12+12+12 Megapixel f/1.8+f/2.2+f/2.4 yang menggabungkan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan telefoto. Kamera luaran pula sebesar 10 Megapixel f/2.2 dan akhir sekali kamera 4 Megapixel f/1.8 yang diletakkan di bawah skrin bahagian dalam. Samsung turut memberikan sokongan stylus S Pen untuk Z Fold3 bagi membolehkan ia menikmati ciri yang sinonim dengan keluarga Galaxy Note.
Samsung Galaxy Z Flp3 5G dilengkapi skrin 6.7″ Dynamic AMOLED 2X FHD+ menyokong kadar segar semula 120Hz secara adaptif lengkap dengan lapisan kaca UTG generasi terbaru. Satu perbezaan antara Fold3 dan Flip3 ialah, pada peranti ini sokongan stylus S Pen tidak diberikan. Skrin luaran pula sebesar 1.9″ AMOLED.
Namun begitu Samsung Galaxy Z Flip3 5G masih berkongsi cip Snapragon 888, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 3300 mAh. Pengecasan berwayar adalah hanya 15W dengan nirwayar pula 10W serta pengecasan berbalik 4.5W. Kamera utama pada bahagian belakang adalah kombinasi 12+12 MP f/1.8+f/2.2 (sudut lebar dan ultra sudut lebar)dan kamera swafoto pula sebesar 10 MP f/2.4. Kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar f/1.8 dan lensa ultra sudut lebar f/2.2.
Kedua-dua peranti melepas piawaian kalis air IPX8 buat pertama kali dan turut menggunakan sistem operasi Android 11. Di Malaysia Samsung Galaxy Z Fold3 5G dijual pada harga RM6699 untuk 12/256GB dan RM7099 untuk 12/512GB. Sementara itu Samsung Galaxy Z Filp3 5G dijual pada harga RM3999 untuk 8/128GB dan RM4199 untuk 8/256GB..
Catat Ulasan