Tanam Pokok Pisang Dalam Lubang Di Tengah Jalan


FORT MYERS, Florida – Seorang lelaki di Amerika Syarikat  yang bosan dengan keadaan daif jalan berdekatan premis perniagaannya di barat daya Florida bertindak menanam pokok pisang pada lubang di tengah jalan itu sebagai amaran kepada pemandu lain.

Bryan Raymond  menanam pohon pisang di jalan Honda Drive, selatan Fort Myers itu pada minggu lalu.

Raymond yang merupakan pemilik premis kesihatan Progress and Pride Fitness Group berkata, idea untuk menanam pokok timbul selepas dia beberapa kali terpaksa mengisi simen ke dalam lubang tersebut.

Memandangkan Honda Drive merupakan jalan persendirian, pihak pentadbiran tempatan memaklumkan kepada Raymond bahawa penyelenggaraan jalan itu tertakluk kepada pemiliknya.

Raymond menganggap pokok pisang tersebut sebagai sesuatu yang dapat menarik perhatian pemandu lain.

Menurutnya Sekiranya  mahu memastikan tiada sesiapa cedera akibat lubang tersebut, ianya harus meletakkan sesuatu yang jelas kelihatan.

Menurut Raymond, sistem televisyen litar tertutup (CCTV) telah merakam pelbagai masalah di sepanjang jalan tersebut  termasuk lubang dan air bertakung.

Beliau sukakannya kerana ia lucu dan mencadangkan supaya  menanam lebih banyak (pokok pisang).

Ianya  memberikan mesej dan bersetuju dengan kewujudan pokok pisang itu.

Ini kerana lubang pada jalan merosakkan tayar  dan secara keseluruhannya merosakkan harian kita tambah beliau lagi.
 

0/komen