Ayam Haiwan ‘Manja’...?


LONDON – Sebuah badan kebajikan haiwan memberi amaran bahawa sebanyak 46 ekor ayam betina berisiko disembelih sekiranya ia tidak dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Amanah Kebajikan Ayam Betina British (BHWT) menyifatkan ayam sebagai haiwan yang ‘manja’ dan merupakan haiwan domestik keempat paling popular di Britain.

Menurut  pengasas BHWT, Jane Howorth , haiwan ini jarang difikirkan sebagai haiwan peliharaan, namun ia juga memiliki personaliti seperti kucing dan anjing.

Ia akan mengekori kita ke mana sahaja kita pergi, bermain dengan kita dan memeluk kita. Ayam juga sangat manja.

Tambah Howorth, pihaknya sering mendapat maklum balas bahawa mereka yang menyimpan ayam sebagai haiwan peliharaan amat menyayanginya.

Kita juga tidak memerlukan laman yang besar atau tinggal di dalam ladang untuk memelihara ayam.

Kita hanya memerlukan satu kawasan yang selamat untuk ayam-ayam ini.

Badan kebajikan itu berkata ia telah menyelamatkan lebih 60,000 ayam betina setiap tahun dan sejumlah 850,000 ekor ayam itu telah diselamatkan sejak 2005. 
 

0/komen