Balu kepada bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor, Datin Khatijah Ibrahim, 77, dilaporkan telah kembali ke rahmatullah petang semalam.
Allahyarhamah meninggal dunia pada kira-kira pukul 4,43 petang di Hospital Kuala Lumpur kerana kegagalan buah pinggang.
Anak ketujuh allahyarhamah, Fauwaz Fadzil berkata, jenazah ibunya dijangka dikebumikan pagi ini di Tanah Perkuburan Raudah Sakinah, Kuala Lumpur-Karak.
Menurut beliau lagi ,jenazah akan disolatkan di Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis pada kira-kira pukul 11 pagi ini.
Pada 23 Jun 2002, Allayarham Fadzil yang ketika itu berusia 65 tahun meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.
Al Fatihah ...kepada kedua keduanya..amin...
Catat Ulasan