Berbasikal Ke Mekah


JAKARTA – Dua orang lelaki yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah sanggup menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar dengan berbasikal dari Indonesia ke kota suci Mekah.

Andi Harvin Dg Thalib, 26, dan Chairul Ma’atini, 27, yang berasal dari Gorontalo, Sulawesi mula berbasikal sejak Jun lalu.

Sekiranya tidak berkesempatan untuk menunaikan haji, mereka akan melakukan ibadah umrah sahaja. 

Ujarnya, idea untuk mula berbasikal ke Mekah itu datang secara tiba-tiba dan tanpa persiapan khusus.

Kedua-dua mereka akan meneruskan perjalanan ke Sumatera sebelum tiba di pelabuhan dan berangkat ke luar negara.

Mereka  merancang untuk ke luar negara menaiki kapal laut dari Sumatera.

0/komen