Diberkas Polis Kerana Bawa Pistol Lego


LINDAU, JERMAN – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan polis kerana membawa sepucuk pistol permainan Lego di tepi jalan di bandar Lindau, Jerman.

Kejadian itu berlaku selepas seorang pemilik restoran menyangka pistol permainan Lego yang dipegang remaja berkenaan adalah senjata sebenar.

Seorang saksi kemudiannya menghubungi polis apabila terlihat remaja itu yang mengenakan pakaian celoreng berlari-lari di tepi jalan sambil memegang ‘pistol’ tersebut.

Menurut kata seorang pegawai polis, mereka terus bergegas ke lokasi kejadian.

Beberapa kenderaan peronda dan polis persekutuan turut cuba menghentikan remaja tersebut.Remaja yang tidak dinamakan itu telah ditahan untuk siasatan lanjut


0/komen