
NEW YORK – Seorang wanita dari Amerika Syarikat mendakwa dia dikenakan caj sebanyak AS$11 (RM46) kerana menangis ketika menjalani prosedur membuang tahi lalat pada badannya.
Caj tersebut dikategorikan sebagai ‘caj emosi’ dalam penyata bil yang diterima wanita itu.
Berang dengan caj yang tidak masuk akal itu, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Midge kemudiannya memuat naik foto bil tersebut di laman Twitter.
Mereka mengenakan caj tambahan untuk mengaut keuntungan dari nya. Sangat licik! Mereka juga akan menambah ini ke dalam bil nya apabila mereka bertanya adakah dia tertekan kebelakangan ini.
Seorang netizen lain turut berkongsi pengalamannya yang turut dikenakan caj tambahan selepas menjalani satu prosedur pergigian.
Beliau terjaga ketika mereka mencabut gigi geraham nya. Pihak klinik kemudiannya mengenakan caj terhadap ubat bius tambahan yang diberikan kerana beliau terjaga.
Beliau juga pernah dikenakan caj ‘bantuan emosi’ kerana mengalami kekejangan.
Catat Ulasan