Genghiz Khan :Iktibar Kepada Umat Islam



Ketika umat Islam diserang tentera Tartar, hampir seluruh wilayah Islam berhasil dijajah. Di antara yang terawal adalah wilayah Khurasan yang berjiran dengan Monggol.

Pada mulanya di Khurasan, Tartar tidak berdaya menembusi pertahanan umat Islam di kota Bukhara. Lalu pemimpinnya Genghis Khan menulis surat kepada umat Islam,
  
“Barangsiapa yang menyerahkan senjata dan berada di sisi tenteran Tartar, akan dijamin keselamatan nya.Tetapi barang siapa yang enggan, kami akan pastikan bahawa mereka menyesal”.

Surat tersebut menyebabkan umat Islam yang sedang terancam itu berpecah menjadi dua kelompok. Kelompok yang  pertama menolak keras tawaran Genghis Khan dengan berkata,
  
 “Seandainya mereka mampu memerangi kita, tidak mungkin mereka membuat tawaran seperti ini. Ini menandakan peluang kita cerah. Teruskan perjuangan, pasti kita akan beroleh salah satu di antara dua kebaikan; menang atau SYAHID penuh bahagia!"

Namun kelompok kedua cenderung untuk menerima tawaran tersebut. Mereka berpendapat,
   
“Menghadapi Tartar sama seperti ibarat bunuh diri. Tidakkah kalian lihat jumlah mereka dan juga kelengkapan senjata mereka?”


Genghis Khan terus memantau dan mengambil peluang dari pertembungan pendapat di kem umat Islam. Dia seterusnya telah mengirim surat khusus kepada kelompok kedua yang dilihatnya sebagai sasaran berpotensi.

Dalam surat tersebut, Genghis Khan berjanji akan memberikan tampuk pemerintahan Bukhara kepada kelompok kedua ini dengan syarat, mereka menghapuskan kelompok pertama yang dicopnya sebagai ekstrim, radikal dan fanatik.

Tawaran itu menyebabkan kelompok kedua ini mula kelabu mata. Mereka menyahutnya tanpa rasa bersalah sedikit pun dan bersedia untuk memerangi saudara sendiri bagi pihak Tartar!


Kemudian tercetuslah pertempuran sesama umat Muslim. Mereka saling berbunuhan sesama sendiri. Akhirnya, kelompok yang teguh berjihad demi mempertahankan tanah air itu di takdirkan tumpas di tangan saudara-saudaranya sendiri yang menjual Islam demi dunia.

Seterusnya, apakah yang terjadi? Ia adalah satu khabar yang amat menyedihkan. Pihak yang menerima tawaran Tartar itu telah diperdaya. Mereka langsung tidak diberi ganjaran yang dijanjikan. Bahkan, senjata mereka dirampas, mereka ditangkap dan disembelih tanpa seorang pun yang terselamat.

Genghis Khan memberikan ucapan dan sambutan yang sangat masyhur tatkala tenteranya melakukan penyembelihan ke atas umat Islam yang mengkhianati saudara saudaranya.
  
“Mereka sanggup memerangi saudara-saudara sendiri demi kita, padahal kita orang asing bagi mereka! Orang-orang semacam ini mustahil akan kita beri kepercayaan".
   
PENGKHIANAT DAN PEMBELOT TIDAK PERNAH DISIMPAN OLEH
MANA-MANA PIHAK YANG BERSENGKETA ...MEREKA LAZIMNYA DIBUNUH DAN DIHINAKAN OLEH PIHAK YANG MENAKLUK DENGAN SE HINA-HINA HUKUMAN ...

0/komen