Ginjal Khinzir Berjaya Dipindahkan


Saintis telah lama ingin menggunakan organ khinzir sebagai ganti kepada organ manusia yang rosak. Usaha menjadikan ini realiti semakin hampir selepas sebuah ginjal khinzir telah berjaya dipindahkan ke tubuh penerima manusia di New York.

Ginjal khinzir yang telah diubahsuai genetik untuk membuang kemampuan menghasilkan molekul alpha-gal yang menyebabkan organ ditolak selepas pemindahan. Ia kemudian disambungkan kepada penerima manusia yang telah disahkan mempunyai kematian otak selama 54 jam dengan kebenaran pihak keluarga. Sepanjang tempoh tersebut tiada kesan ginjal khinzir itu ditolak oleh tubuh penerima.

Kejayaan melakukan xenotransplan ini memberikan harapan organ khinzir boleh digunakan sebagai ganti organ manusia lain di masa hadapan. Khinzir menjadi haiwan pilihan kerana saiz organ yang sama dengan manusia serta ia mudah diternak bagi tujuan perubatan tanpa perlu menanti tempoh matang yang lama. Ia akan sekaligus menyelesaikan masalah kekurangan penderma organ yang sudah lama berlarutan.
 

0/komen