Ibu Gajah Pijak Mati Buaya


Seekor induk  gajah memijak seekor buaya sehingga mati selepas haiwan pemangsa itu menghendap anaknya di Sungai Zambezi.

Insiden itu berlaku apabila  seekor gajah Afrika bersaiz besar menyerang buaya tersebut dalam satu serangan ganas di hadapan sebuah safari di Zambia.

Video penuh dramatik ini  menunjukkan ibu gajah itu memijak buaya yang memiliki panjang sekitar 3 meter itu sehingga mati.




Selepas beberapa minit, gajah itu mencapai ekor buaya itu dan mengangkatnya dari dalam sungai tersebut.

Pengunjung dapat menyaksikan insiden penuh dramatik ini antara dua haiwan paling digeruni di Afrika.

Ini mungkin merupakan serangan balas daripada gajah itu terhadap buaya yang menghendap  anak dan kawanannya.

0/komen