Jual Rumah Kerana Tidak Tahan Dengan Perangai Jiran



Gara-gara tidak tahan dengan sikap sering marah dan menjengkelkan jiran, seorang wanita bertekad untuk menjual rumahnya dan berpindah dari kediaman tersebut.

Seorang gadis mendedahkan bahawa kisah tersebut berlaku kepada ibu saudaranya yang mempunyai seorang jiran yang menjengkelkan.

Jiran di sebelah rumahnya sering memarahi ibu saudara nya setiap kali dia (ibu saudara) membetulkan sesuatu di rumahnya seperti sambungan internet tanpa wayar (WiFi) atau bumbung rumah, padahal ia bukan berlaku dengan kerap.

Tambahnya lagi, ibu saudaranya itu bersama sepupunya baru-baru ini turut bertengkar dengan jirannya itu kerana sudah terlalu penat dimarahi individu tersebut yang bersikap amat menjengkelkan.

Selepas diselidik, ternyata jirannya itu sememangnya mempunyai sikap menjengkelkan sejak dari dahulu lagi.

Bahkan bekas pemilik rumah yang kini didiami si ibu saudara itu turut menjual rumah tersebut kerana tidak tahan akan sikap buruk jirannya.

Jika sudah sikapnya begitu, tiada cara lain kecuali berpindah atau diamkan sahaja sehingga jiran itu penat sendiri. Mungkin marah-marah sebanyak tiga kali sehari itu sudah menjadi rutinnya.
 

0/komen