JAKARTA – Seorang pemuda di Indonesia menjadi sensasi apabila mengahwini gurunya sendiri yang mempunyai perbezaan usia sekitar 15 tahun dengannya.
Pelajar tersebut mengaku bahawa dia merupakan murid kepada isterinya itu pada tahun 2019 ketika dia masih menuntut di sekolah menengah.
Pemuda tersebut turut berkongsikan sekeping gambar yang dirakam bersama isterinya pada tahun tersebut yang memaparkan dia memakai pakaian seragam sekolah.
Turut berdiri di sampingnya ialah isterinya yang ketika itu juga memakai seragam guru.
Pemuda itu kemudiannya memuat naik gambar terbaharu tahun ini yang memaparkan mereka memakai pakaian pengantin serta bergambar di hadapan sebuah pelamin. Dia mengaku bahawa mereka kini bergelar pasangan suami isteri.
Jodoh, maut, bukan kita yang tentukan kerana kita cuma menjalani hidup ini. Cinta tidak mengenal usia. Semoga terus berbahagia.
Catat Ulasan