Lelaki Tunggang EUC Di Lebuh Raya


Tindakan seorang lelaki menunggang Electric Unicycle (EUC) di lebuh raya mengundang pelbagai reaksi orang ramai baru-baru ini.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang tular di media sosial, kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Raya Grand Saga.

Rata-rata orang ramai menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan lelaki tersebut walaupun sudah memakai topi keledar, pad pelindung siku dan lutut.

Perlu di ingat menunggang EUC di lebuh raya amat berbahaya kerana kebanyakkan kenderaan dipandu dengan laju.

Tak penat ke berdiri macam itu lama-lama, bahaya pulak tu, highway banyak kenderaan laju-laju. Ibarat berjalan kaki tepi highway.

Individu tersebut tidak sepatutnya merisikokan keselamatan diri sendiri dengan menunggang EUC di lebuh raya.



Kenapalah merisikokan diri sendiri, bahaya tu bro, benda tu nak main kat taman bolehlah. Lebuh raya bukan tempat dia.

Lelaki tersebut seharusnya menunggang EUC di tempat yang sepatutnya.


 

0/komen