Mengenali Cina Peranakan Terengganu


SELALUNYA kalau bila kita sebut Cina Peranakan, kita akan ingat Baba Nyonya di Melaka atau Peranakan di Pulau Pinang. Atau di Singapura.  Tetapi tahukah awak semua di Terengganu juga ada Cina Peranakan? Dan budaya mereka sangat berbeza.

Dikenali sebagai komuniti Cheng Mua Lang atau "Cina pakai kain", masyarakat Peranakan Terengganu ini sudah menetap di sini sejak Dinasti Ming, ketika pengembaraan Laksamana Zheng He yang singgah ke sini pada 1405. Mereka ini berasal dari Fujian, yang merupakan tempat asal usul orang Hokkien. 


Mereka tinggal di pesisir pantai Terengganu dan bergaul dengan masyarakat tempatan, dan memberi satu resipi yang memberi pengaruh kepada orang Terengganu.

Komuniti ini tinggal di Kampung Tiruk, Wakaf Tapai, Tanggol, Marang, Kijal, Kuala Setiu serta beberapa lagi kawasan pesisir pantai. Kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai nelayan, walaupun anak muda hari ini lebih ramai bekerja di bandar.

Mereka fasih dalam dua bahasa iaitu bahasa Hokkien dan bahasa Melayu dalam loghat Terengganu.  Mereka juga sangat mahir dalam membaca tulisan jawi. 
Kalau di Melaka dipanggil Baba Nyonya, di Terengganu mereka dipanggil Mek Awang.

Masyarakat mereka sangat suka berpakaian tradisi terutamanya potong kot, iaitu sejenis kebaya pendek seperti di gambar ni.
 

0/komen