Penjawat Awam Hanya Dapat Bantuan Khas....Bonus Elek...!!!

Penjawat Awam Hanya Dapat RM 700…Sama Seperti 10 Tahun Dahulu

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan kewangan itu melibatkan seramai 1.3 juta penjawat awam di dalam kumpulan Gred 56 dan ke bawah.

“Selain itu, sebanyak sejuta pesara kerajaan bakal menikmati bantuan sebanyak RM350 dengan implikasi Kewangan sebanyak RM1.3 bilion"

“Diharapkan semoga bantuan itu dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Dalam pada itu, kerajaan akan memberikan bayaran insentif sebanyak RM200 kepadaPembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan.

“Inisiatif itu bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan menjaga dan merawat penghuni warga emas, orang kelainan upaya dan pesakit mental,” ujarnya.


#


Kesian usaha murni CUEPACS ...dari zaman KERA Najib ,KERA DAP sampai bertukar KERA...serupa aje...penjawat awam sememang nya di anak tirikan...10 tahun dapat bantuan khas ....macam la penjawat awam kemaruk sangat dengan bantuan khas.Dulu Sebelum zaman KERA Najib boleh bagi...pelik konon alasan impilikasi kewangan yang besar tapi boleh pulak memancing undi rakyat sampai berbilion bilion RM.


0/komen