Penjual Siomay Curi Tumpuan


Seorang penjual siomay dari wilayah Jawa Tengah, Indonesia menjadi tular kerana memiliki rupa paras yang cantik.

Siomay merupakan sejenis makanan dari Indonesia yang menggunakan dumpling ikan kukus yang dimakan bersama tauhu, sayur-sayuran dan kuah kacang.

Berdasarkan klip video ini, gadis berkenaan sedang melayan pembeli sambil memasukkan siomay ke dalam beg plastik.


Penampilan sederhana gadis itu yang hanya berseluar jeans dan berbaju hitam serta memakai pelitup muka menjadi perhatian netizen yang menyedari bahawa dia memiliki rupa paras yang cantik.

Gadis itu dikatakan menjual makanan tersebut di sebuah lokasi pelancongan, Air Terjun Girimanik di daerah Wonogiri dalam wilayah Jawa Tengah

Kalau begi rupa penjualnya, pasti yang bujang akan kerap membeli walaupun tidak makan...🤣🤣🤣🤣🤣

 

0/komen