Redmi Buds 3 Youth Edition Dilancarkan


Redmi juga dikenali sebagai pengeluar untuk aksesori audio. Sehingga kini, mereka sedia hadir dengan pelbagai jenis aksesori audio yang dijual pada harga kompetitif. Terkini, mereka hadir dengan penawaran baharu dikenali sebagai Redmi Buds 3 Youth Edition.

Redmi Buds 3 Youth Edition adalah fon telinga dari jenis dalam telinga bersama pod pengecas berbentuk bujur. Pemandu audio bersaiz 6mm disertakan dengan sokongan kawalan sesentuh sepenuhnya. Ia juga dilengkapi pembatalan hingar elektronik (ENC) untuk panggilan lebih baik, selain tambatan boleh dilakukan menerusi bluetooth 5.2 untuk sambungan yang stabil.



Tidak ketinggalan, fon telinga ini turut menyokong pelindungan IP54 dan bateri yang mampu beroperasi mencapai 18 jam lamanya. Di China, Redmi Buds 3 Youth Edition dijual pada harga RMB99 (~RM64) dengan satu pilihan warna iaitu hitam. Buat masa ini, masih tidak diketahui sama ada ia akan ditawarkan untuk luar pasaran China atau sebaliknya.

0/komen