Redmi Note 11 Dilancarkan


Xiaomi kini  telah memperkenalkan siri Redmi Note 11 secara rasminya di pasaran China. Dibawah keluarga Redmi Note 11 ini, sebanyak tiga model diperkenalkan, iaitu Redmi Note 11, Redmi Note 11 Pro dan juga Redmi Note 11 Pro Plus.

Redmi Note 11 hadir dengan skrin 6.6-inci dengan kadar segar semula 90Hz, cip MediaTek Dimensity 810 5G, bateri 5000mAh denga pengecasan 33W, dan bicu audio 3.55mm. Ia turut hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti, dan juga sensor IR.

Untuk rakaman gambar, Redmi Note 11 hadir dengan sensor utama 50MP yang dilengkapkan dengan sensor 8MP ultra-lebar.

Redmi Note 11 Pro merupakan versi sedikit baik, hadir dengan skrin 6.67-inci OLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 920, serta bateri 5160mAh dengan sokongan pengecasan 67W.

Redmi Note 11 Pro ini hadir dengan sensor utama 108MP yang dilengkapkan dengan 2MP ultra-lebar, dan 2MP makro, selain kamera swafoto 16MP. Melengkapkan ia juga adalah sokongan audio yang ditala oleh JBL.

Akhir sekali, adalah model Redmi Note 11 Pro Plus. Ia hadir dengan penawaran skrin, cip dan kamera sama seperti model Redmi Note 11 Pro, tetapi dengan sokongan bateri 4500mAh dan pengecasan pantas 120W. 




Buat masa ini, ketiga-tiga model ini ditawarkan di China sahaja, pada harga jualan bermula 1199 Yuan, iaitu sekitar RM777..

0/komen