Resepi Sup Tulang



Bahan bahan 
  • 1 kg tulang
  • sup bunjut
  • 4 sekawan
  • 2 inci halia ( mayang) ( semua bahan boleh bubuh lebih ikut suka ya .. agak2 je)
  • bawang putih ( mayang)
  • bawang merah ( mayang)
  • 1 labu bawang besar ( potong weges)
  • 2 batang serai ( ketuk)
  • 1/2 inci lengkuas ( mayang )
  • 15 biji lada hitam (di tumbuk) 15 biji lada putih (di tumbuk)
  • daun sup daun bawang..
  • cili padi (d ketuk)
  • garam aji @ secukup rasa
  • air limau nipis secukupnya..
  • nak bubuh carot tomato kentang batang salary... ikut selera...

☘️ Caranya

  1. masukkan tulang ke dalam periuk. 
  2. bubuh air...sup bunjut garam aji @ secukup rasa ... halia.. serai lengkuas rebus sampai gelegak.... 
  3. tumis 4 sekawan.. wangi masukkan ke dlm kuah glegak tadi... 
  4. tutup periuk..tumis bawang besar layu masukkam dlm periuk.. 
  5. tumis bawang putih... wangi bubuh dalam kuah tadi ..
  6. tutup semula periuk.. 
  7. tumis bawang merah... wangi .. kekuningan.. bubuh dalam kuah tadi ( simpan sikit untuk di bubuh semasa menghidang)...
  8. bubuh lada hitam lada putih... 
  9. dah empuk ( suka hati nak lembut mana).. bubuh air limau nipis ( ikut suka boleh bubuh terus nak makan dah sesedap rasa... terpulang masing2 ya) .. rasa kan sesedap rasa... masam masin...
 

0/komen