Super Mario Bros. 2 dijual RM 370,000


Sebuah permainan video Super Mario Bros. 2 keluaran tahun 1988 milik seorang wanita yang telah meninggal dunia dijual pada harga AS$88,550 (RM366,686).

Firma lelongan Harritt Group Inc., yang mengendalikan acara jualan harta pusaka Patricia Martin menemui sebuah kotak set permainan keluaran Nintendo Entertainment System (Nintendo) di dalam sebuah laci di rumah wanita berkenaan di Indiana, Amerika Syarikat.

Apabila pertama kali melihatnya, kami menyangka ia sekadar set permainan video nostalgia keluaran Nintendo yang mempunyai semua jenis permainan seperti Super Mario Bros, Duck Hunt dan Qix.

Bagaimanapun, selepas diamati, ia adalah suatu penemuan luar biasa kerana koleksi tersebut turut mengandungi set permainan video Super Mario Bros.2 yang belum pernah dibuka.

Set permainan itu dijual pada harga AS$88,550 (RM366,686) kepada seorang ahli perniagaan dari Florida.

Sebelum ini, sebuah lagi set permainan video Super Mario 64 mencipta rekod apabila dilelong pada harga mencecah AS$1.56 juta (RM6.5 juta).

0/komen