Xiaomi True Wireless Noise Cancelling Headphones 3 Pro Rasmi


Seriring pengenalan Xiaomi Civi, jenama berkenaan turut sama mengemaskini barisan aksesori audio dengan produk baru menerusi pengenalan Mi True Wireless Noice Cancelling Headphones 3 Pro. Dari segi rekaan, ia menampilkan gabungan rekaan fon telinga dalam telinga bertangkai dan reka bentuk pod pengecasan yang mirip seperti Xiaomi FlipBuds Pro.

Ia juga dilengkapi sepasang pemandu audio yang menyokong HiFi bersama sokongan frekunsi tinggi. Seterusnya, ia juga menyokong pembatalan hingar adaptif yang mampu mengurangkan hingar sehingga 40db. Di samping, ciri audio spatial seakan AirPods Pro yang memberi pengalaman 360 darjah seakan di dalam panggung wayang. Bukan itu sahaja, ia turut sama menyokong coded audio HLDC generasi keempat untuk pengalaman penggunaan lebih baik.


Tidak ketinggalan, ia turut menyertakan ciri penawaran kalis air IP55 bersama-sama denganya bagi membolehkannya digunakan ketika bersenam. Ketahanan bateri pula mencapai 27 jam lamanya dengan sekali pengecasan. Untuk harga, Mi True Wireless Noise Cancelling Headphones 3 Pro dijual pada RMB699 (~RM453) dan ia ditawarkan di China terlebih dahulu buat masa ini.

0/komen