Bonceng Motosikal Bawa Cermin


Aksi seorang lelaki berpangkat ‘pak cik’ memegang cermin ketika membonceng sebuah motosikal menjadi tular kerana disifatkan sebagai lucu.


Berdasarkan video ini, lelaki itu memegang cermin besar sehingga menutupi penunggang di hadapannya jika dilihat dari belakang. 

Bukan itu sahaja, kedudukan cermin yang menghadap dirinya membuatkan keadaan lelaki tersebut kelihatan lucu kerana refleksi dirinya dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai.

Orang ramai bahkan ada yang berasa risau kerana dia dilihat seolah-olah menunggang motosikal dalam keadaan terbalik.

Lihat macam ini pun kelakar, kenapa tak dipusing sahaja cerminnya,.
 

0/komen