Soalan. Nak berjaya dan berkat dalam perniagaan menurut Islam
Yang pertama berniaga itu niat kerana Allah Ta'alla. Yang kedua cara kita meniaga itu mengikut apa yang diajar kepada kita oleh ulama-ulama. Yang ketiga benda yang kita meniaga itu halal. Yang keempat niat untuk selebihnya itu untuk kita sedekahkan kepada orang lain. Baru ada kebaikan.
Sebab itu dahulu, tahun 80an, 90an semua jenis kuih sedap belaka. Kita belilah di mana-mana pasar, pasar Batu Enam, Pasar Manir, Pasar Ladang, Pasar Payang, Pasar Chendering semua kuih sedap. Sekarang ini rupanya sahaja, rasa kurang. Sebab dahulu mereka nak beri kepada orang makan sedap. Ikhlas. Sekarang ini berniaga hendak untung banyak..
Catat Ulasan