Dapat Tahu Teman Lelaki Curang Semasa Hari Kematiannya



Seorang wanita terkejut apabila mendapat tahu bahawa mendiang teman lelakinya berlaku curang dengan lima  wanita lain hanya  selepas lelaki itu meninggal dunia.

Wanita dikenali sebagai Sachia itu berpacaran dengan kekasihnya selama enam tahun. Dia  mendapat tahu tentang kecurangan itu sehari sebelum pengebumian mendiang.

Beliau menjumpai telefon bimbit di keretanya dan melihat pesanan ringkas antara dia dengan seorang wanita lain.

Ternyata, lelaki itu telah curang selama lebih sebulan. Malah, wanita itu juga tahu tentang kewujudan Sachia dalam kehidupan teman lelakinya itu.

Penggeledahan  seterusnya membongkar bahawa kekasihnya juga bermain kayu tiga dengan empat wanita lain.

Beliau berasa sedih,  namun meneruskan hidup seperti biasa.Dia enggan membiarkan perkara ini memberi kesan kepada kehidupannya.

0/komen