Diabetes Jenis 1 Akhirnya Berjaya Dipulihkan


Diabetes jenis 1 ialah jenis kencing manis yang selama ini dipercayai tidak boleh dirawat. Pesakit memerlukan suntikan insulin bagi mengawal tahap gula dalam darah. Jika ini tidak dilakukan, pesakit berhadapan dengan maut.

Buat pertama kali dalam sejarah seorang pesakit diabetes jenis 1 berjaya dirawat di dunia.

Brian Shelton dari Amerika Syarikat ialah manusia pertama yang pulih daripada diabetes jenis satu menggunakan rawatan sel tunjang yang dibangunkan oleh Vertex Pharmaceuticals. Penyelidik di Vertex Pharmaceuticals mencipta teknik ini bagi merawat dua orang anak beliau yang turut merupakan pesakit diabetes jenis 1. Walaupun sudah berjaya dirawat, saintis masih menanti untuk kajian semula setara dilakukan ke atas data yang diterbitkan. Jika terbukti sekalipun, rawatan ini akan masih mengambil masa sehingga lima tahun untuk menjalani pelbagai proses ujian klinikal sebelum boleh digunakan sebagai rawatan di dunia sebenar.

Ia masih berita yang menarik kerana di Malaysia, diabetes jenis 1 adalah antara 10 penyumbang kematian tertinggi kerana faktor diet dan kurangnya bersenam di kalangan penduduk.
 

0/komen