Seorang lelaki mengubah suai keadaan fizikalnya untuk menjadi seperti ‘makhluk asing hitam’ dilaporkan mengerat dua batang jarinya bagi mendapatkan tangan yang kelihatan seperti mempunyai cakar.
Anthony Loffredo, 33, menjalani pembedahan terbaharu itu sebagai sebahagian daripada beberapa siri prosedur pembedahan yang dilakukan untuk mengubah suai bentuk badannya.
Sebelum ini, dia telah melakukan beberapa pengubahsuaian termasuk membuang hidung dan bahagian atas bibir, membelah lidah, mencacah tatu pada seluruh badan dan anak matanya serta membuang telinga untuk kelihatan seperti makhluk asing.
Dia juga sering berkongsi keadaan rupa fizikalnya di laman Instagram menggunakan akaun Black Alien Project dengan memaparkan imej-imej baharu setiap kali dia melakukan pembedahan.
Meskipun telah melakukan pelbagai pengubahsuaian, Loffredo berkata, semua itu sebenarnya hanya 34 peratus daripada misi keseluruhannya untuk mengubah diri menjadi makhluk asing.
Beliau berasa tenang (dengan mengubah suai rupa fizikal) pada keterangan gambar yang memaparkan keadaan tangannya selepas jarinya dikerat.
Menurut Loffredo, sejak usia muda, dia sememangnya mempunyai minat mendalam mengenai mutasi dan pengubahsuaian tubuh badan manusia.
Dia gemar ‘melakonkan’ watak menyeramkan. Beliau sering duduk di mana-mana lokasi dan menjiwai karakter tersebut terutamanya ketika waktu malam di jalan yang gelap.
Catat Ulasan