Gara-gara tidak tahan menanggung rindu, seorang lelaki dari Ponorogo, Jawa Timur bertindak menggali kubur isterinya yang baru sebulan meninggal dunia.
Dia dikatakan masih tidak dapat mempercayai bahawa isteri yang amat dicintainya telah ‘meninggalkannya’.
Rindu terhadap isteri yang sudah meninggal dunia sehingga nekad menggali kubur.
Tindakan lelaki itu bagaimanapun dapat dihalang oleh penduduk setempat dan pihak polis yang pergi ke kawasan kubur tersebut bagi menghentikan perbuatannya.
Tindakan lelaki itu bukanlah kali pertama kerana dia turut melakukan perkara yang sama pada hari ketujuh kematian isterinya.
Lelaki berkenaan juga dilaporkan mengalami gangguan mental sejak kecil dan dia mengakui menerima bisikan ghaib menyuruhnya melakukan perkara demikian.
Ketika polis tiba, dia dilaporkan telah menggali sedalam 80 sentimeter.
Catat Ulasan