Poco M4 Pro 5G Kini Rasmi


Poco M4 Pro 5G akhirnya diumumkan secara rasmi. Ia merupakan sebuah peranti kelas pertengahan yang memfokuskan kepada pengguna muda. 

 Poco M4 Pro 5G dilengkapi skrin berukuran 6.6-inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia juga menggunakan cip MediaTek Dimensity 810 dengan padanan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port sambungan USB-C.


Tetapan kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 8MP (ultra-lebar), sementara itu kamera hadapan pula adalah 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – rangkaian 5G terbina, Bluetooth 5.1, NFC, pengimbas cap jari sisi, pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, IR Blaster, menjalankan MIUI 12.5, for Poco dan sebagainya. Terdapat tiga pilihan warna menarik yang disediakan seperti Poco Yellow, Power Black dan Cool Blue.


Poco M4 Pro 5G dijual di Malaysia pada harga RM849 untuk model 4GB + 64GB. Sementara itu, model 6GB + 128GB pula berharga RM999. Sungguhpun begitu, ia masih boleh dibeli pada harga promosi lebih rendah iaitu RM749 (4GB+64GB) dan RM899 (6GB+128GB) sewaktu jualan pertama yang berlangsung pada 11 November ini.
 

0/komen