Resepi Ayam Penyet


Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam:

🍢1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik.

🍢½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
🍢½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
🍢3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
🍢1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
🍢1 sudu besar Serbuk Kunyit
🍢½ sudu besar Serbuk Lada Putih
🍢3 ulas Bawang Putih
🍢1cm Halia
🍢 Air
🍢1 sudu kecil Garam
🍢 masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal:

🍢 minyak masak
🍢10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
🍢10 biji Cili padi
🍢10 biji Bawang kecil/merah, hiris
🍢3 biji Bawang putih, hiris
🍢5 biji Tomato, potong 4
🍢5 cm Belacan
🍢2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
🍢3 sudu gula merah/secukup rasa


Untuk Nasi
🍢3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
🍢3 ulas bawang putih
🍢 batang kayu manis
🍢4 biji buah pelaga
🍢2 kuntum bunga lawang
🍢sedikit butter
🍢garam
🍢kiub pati ayam/daging
🍢6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

Untuk Ayam Penyet:

🍢Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.

🍢Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.

🍢Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
🍢Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal:

🍢Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

🍢Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

🍢Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

🍢Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.

🍢Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.

🍢Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
🍢Masukkan gula merah dan gaul rata.

🍢Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk.

🍢Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk sup:

🍢Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).

🍢Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi:

🍢Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

🍢Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.

🍢Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.

🍢Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

 

0/komen