Sebuah kediaman sempit dengan keluasan menyamai sebuah garaj di Britain diiklankan untuk dijual pada harga £395,000 (RM 2.2 juta).
Rumah kecil dilengkapi satu bilik tidur, satu bilik resepsi dan satu bilik mandi itu dilabel sebagai ‘hartanah unik’.
Terletak di Stewart Grove, Chelsea, kediaman sekangkang kera seluas 22.6 meter persegi itu dicat dengan rona pelangi.
Sebuah kediaman jenis studio pegangan bebas yang terletak di tengah bandar Chelsea.
Kediaman di lokasi ideal ini berpotensi menjadi rumah yang hebat di London atau dijadikan sebagai pelaburan hartanah
Begitulah menurut kenyataan iklan itu, bagaimanapun mengingatkan bakal pembeli bahawa kediaman itu ‘memerlukan pengubahsuaian’.
Catat Ulasan