Sewa Apartmen Mikro Pada Harga Bawah RM4 Sebulan


Jepun ialah negara yang serba serbi mahal dengan masalah kekurangan ruang yang kronik terutamanya di bandaraya besar seperti Tokyo. Oleh itu sudah berdekad lamanya perabot yang lebih mesra ruang kecil ditawarkan di negara Goku terbit ini yang jarang dilihat di negara lain. IKEA pula ialah syarikat yang terkenal dengan perabot yang menjimatkan penggunaan ruang. Di Jepun, IKEA kini memasuki pasaran hartanah pula dengan menawarkan apartmen untuk disewa pada harga yang lebih murah berbanding sepinggan bebola daging.

IKEA Jepun menyewakan sebuah apartmen mikro seluas 10 meter persegi (107 kaki persegi) di Shinjuku pada harga 99 Yen (~RM3.70) sebulan. Bagi memanfaatkan ruang, kawasan kerja, dapur, tandas dan santai diletakkan di bahagian bawah dengan tingkap menjadi ruang untuk tidur. Penawaran menarik ini adalah sebahagian daripada promosi untuk menunjukkan bagaimana perabot keluaran IKEA amat sesuai digunakan di Jepun oleh mereka yang tinggi di dalam ruang yang kecil.


Apartmen mikro ini hanya akan ditawarkan kepada ahli IKEA Family sehingga 16 Januari 2022 sahaja dengan tempahan boleh dilakukan sekarang.
 

0/komen