Tiket Kayangan Keluarga Malaysia, KL-Miri Pergi Balik



Tiket penerbangan bagi perjalanan domestik dari Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak dilihat seakan tidak masuk akal apabila harganya mencecah RM10,792 bagi empat orang penumpang masing-masing melibatkan dua dewasa dan dua kanak-kanak.

Harga tiket ‘kayangan’ bagi empat orang penumpang itu sekali gus bersamaan dengan perjalanan ke lokasi terkenal di Eropah seperti Paris dan London yang memakan masa antara 13 ke 14 jam penerbangan.

Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter apabila dia menunjukkan harga akhir yang perlu dibayar bagi penerbangan selama dua jam 20 minit pada 13 dan 24 Disember depan.

Menerusi perkongsian itu, harga tiket bagi dua orang dewasa pada 13 Disember 2021 ialah sebanyak RM3,183 dan jumlahnya juga sama bagi dua penumpang kanak-kanak.

Bagi penerbangan pulang pada 24 Disember, harga tiket penerbangan yang perlu dibayar ialah sekitar RM3,996.

Cuti Krismas pergi Eropah lagi berbaloi.RM2,600 boleh pergi beli tiket kapal KL-Paris sambung pula ke Iceland.

Kalau macam ini, baik ajak keluarga jumpa di luar negara, balik kampung sendiri pun mahal.


 

0/komen