WANG JUNJIE memeriksa sebuah tayar dengan menggunakan mesin di bengkel bapa saudaranya di bandar Bijie, China.
Seorang budak berumur 10 tahun, Wang Junjie bekerja sebagai mekanik selepas dia disingkirkan keluar dari sebuah sekolah di bandar Bijie, barat daya China kerana prestasi akademiknya yang lemah.
Dia bekerja di sebuah bengkel membaiki kenderaan milik bapa saudaranya tanpa mendapat upah.
Menurut Junjie, pada tahun lalu, permohonannya belajar di sekolah ditolak oleh pihak pendaftar kerana guru-guru menyatakan rekod akademiknya tidak begitu baik.
Walaupun prestasi akademik beliau tidak begitu baik, dia merupakan seorang budak yang baik dan berprinsip.
Beliau tidak pernah bergaduh dan dia seorang yang pendiam di dalam kelas. Beliau tidak mengetahui kenapa guru-guru tidak menyukainya.
Menurutnya, guru-guru meletakan tempat duduknya di barisan paling akhir. Beliau rasa seolah olah terlalu pendek untuk melihat papan hitam.
Catat Ulasan