Seorang warga emas berusia 77 tahun dari Britain mendedahkan bahawa jarak usia dan lokasi tidak menghalangnya untuk jatuh cinta dengan seorang pelajar berusia 20 tahun yang kini menetap di Myanmar.
David dan Jo bahkan kini sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas menjalin hubungan cinta selama 18 bulan.
Mereka yang tidak pernah berjumpa sebelum ini dan hanya berkenalan menerusi sebuah aplikasi janji temu bagaimanapun berharap dapat berjumpa secara bersemuka selepas Jo berjaya mendapatkan visa dan pasport.
Menurutnya beliau bukanlah seperti lelaki lain dan dia sentiasa mengikut kata hati. Sekiranya wujudnya rasa cinta dan kasih sayang antara dua manusia, kenapa kita perlu persoalkan?.
Tambahnya, ketika mula menyertai laman janji temu tersebut, dia hanya mencari profil gadis-gadis muda di sekitar Britain.
Beliau sentiasa mempunyai hati yang muda dan teman yang lebih muda. Dia tidak dapat membayangkan untuk bersama dengan seseorang yang usianya sebaya.
Sementara itu, Jo berkata, ketika menyertai laman janji temu tersebut, dia menipu dengan menulis pada profilnya bahawa dia menetap di London sebagai taktik untuk berkenalan dengan lelaki dari Britain.
Sejujurnya, Jo menyertai laman tersebut untuk mencari seseorang yang boleh ‘menaja’ nya secara kewangan untuk membiayai pengajian kerana dia merupakan seorang pelajar miskin dan tidak menetap bersama keluarga.
Bagaimanapun menurutnya, selepas dia sering berbicara dan berhubung dengan David, hubungan tersebut menjadi lebih serius.
Jo mulai sedar bahawa dia berasa selesa untuk berkongsi dengan David mengenai apa sahaja dan mereka mula bersembang selama berjam-jam lamanya.
Jo akhirnya sedar bahawa dia sudah jatuh cinta kepadanya kerana dia sering menyokongnya secara emosi, seorang yang baik hati dan penyayang.
David adalah lebih daripada seorang tunang, bahkan seorang mentor, kawan baik dan ahli keluarga
Catat Ulasan