Lebih 40 ekor unta digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik unta di Arab Saudi selepas pemiliknya didapati memberi suntikan botox, melakukan pengubahsuaian muka dan menggunakan hormon penguat otot.
Semua haiwan itu telah dihalang daripada bertanding pada Festival Unta Abdul Aziz di mana penternak-penternak unta bersaing untuk memenangi hadiah bernilai £49 juta (RM 272,770,230).
Keputusan itu dibuat selepas hakim-hakim pertandingan menggunakan teknologi ‘khusus dan canggih’ bagi mengesan sebarang pengubahsuaian yang dilakukan oleh pemilik unta.
Pemilik-pemilik unta melakukan penambahbaikan kosmetik untuk mengubah bentuk kepala, leher, bonggol dan postur unta dalam usaha menipu panel hakim pada acara tersebut yang berlangsung di timur laut ibu kota Arab Saudi, Riyadh.
Tambahnya, penganjur akan ‘mengenakan hukuman keras terhadap ‘pemanipulasi’. Ini kerana perbuatan mereka adalah tidak adil kepada peserta yang jujur, selain boleh menyebabkan kecederaan kepada unta.
Pada Ogos lalu, bibir seekor unta dilaporkan pecah setelah dipam botox sebelum menyertai pertandingan ratu cantik unta tempatan.
Catat Ulasan