Huawei P50 Pocket Kini Rasmi


Huawei P50 Pocket telah dilancarkan secara rasmi sebagai peranti skrin boleh lipat ketiga dari Huawei selepas Mate X dan Mate X2. P50 Pocket mempunyai rekaan skrin yang lebih kompak yang melipat ke luar dan skrin sekunder berbentuk bulat pada bahagian luar. Rekaannya amat mirip dengan P50 Pro cuma tubuh yang boleh dilipat.

Peranti dilengkapi skrin 6.9″ OLED FHD 120Hz boleh-lipat, skrin luaran 1″ OLED 60Hz berbentuk bulat, dijana cip Snapdragon 888 4G memori 12GB, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4000 mAh yang menyokong pengecasan 40W.

Kamera utama menggunakan sensor 40MP sudut lebar, 13MP ultra sudut lebar dan 32MP Super Sensor sementara kamera swafoto pula sebesar 10.7 MP. Terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa di bahagian sisi. Ia menggunakan sistem operasi HarmonyOS 2.0 yang membolehkan peranti menjadi kunci kereta digital dan kemampuan mengesan kesan cahaya UV pada wajah.


Huawei P50 Pocket ditawarkan dalam warna putih dan hitam. Sebuah edisi premium dengan tubuh bercorak tampak turut ditawarkan. Di China harga jualan ialah RMB 8988 (~RM 5928) untuk model biasa 8/256GB dan RMB 10988 (~RM7247) untuk P50 Pocket Premium Edition 12/512GB.


Tiada maklumat tentang bilakah peranti akan dipasarkan di luar China 

0/komen