Infinix InBOOK X1 Pro

Anda mungkin mengenali Infinix sebagai sebuah jenama peranti pintar yang menawarkan peranti kelas pertengahan ataupun mampu-milik pada harga yang cukup baik sekali, tetapi seperti jenama-jenama Huawei, Honor dan Realme, mereka juga pada tahun ini menawarkan komputer riba pada harga yang murah berbanding dengan penawaran spesifikasi sama apabila dibandingkan dengan jenama-jenama yang lain.

Komputer riba tersebut ialah Infinix InBOOK X1 Pro, sebuah komputer riba dengan paparan bersaiz 14 inci dengan resolusi Full hD. Dari segi spesifikasi dalaman, ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-1065G7 ataupun Intel Core i5-1035G1, memori DDR4 sehingga 16GB dan juga storan SSD NVMe PCIe sebesar 512GB.

Dikuasakan CPU Intel Tiger Lake, komputer riba ini cukup berkuasa untuk digunakan buat tujuan produktiviti pejabat dan juga riadah ringan tidak kira dimana anda berada. Pengecasan menggunakan palam USB Type-C juga membolehkan peranti ini dicaskan menggunakan pengecas USB Type-C 65W, dan sekiranya anda menggunakan satu peranti yang menggunakan pengecasan PD, pengecas yang sama boleh digunakan untuk mengecas komputer riba anda juga.

Apa yang membuatkan komputer riba ini sangat menarik untuk orang ramai ialah penawaran harganya yang sangat mampu milik sekali.Model Intel Core i5 komputer riba InBOOK X1 Pro ini boleh didapati pada harga RM2379, manakala model Intel Core i7 boleh dibeli pada harga RM2979.

Tanda harga ini sahaja membuatkan komputer riba ini diantara komputer riba Intel Core i7 yang paling mampu milik dan berbaloi dibeli di pasaran sekarang.

Spesifikasi

Paparan – 14.0 inci (1920×1080)
CPU – Intel Core i7-1065G7, Intel Core i5-1035G1
Memori – 8GB, 16GB
Storan – 256GB. 512GB

Harga

 

0/komen