Kakaktua Bionik


Seekor burung kakaktua bernama Max memiliki paruh titanium robotik cetakan tiga dimensi (3D) setelah ia kehilangan paruh sebenarnya dalam satu pergaduhan dua tahun lalu.

Burung berusia 20 tahun itu kini mampu makan makanan pejal dan membengkokkan palang sangkarnya.

Pakar bedah memasang logam itu pada paruhnya yang kudung dalam operasi selama 90 minit.

Trevor Glover, 75, yang merupakan pemilik rumah perlindungan burung itu di Plettenberg Bay, Afrika Selatan, berkata,Apabila orang ramai mendengar bunyi patukan paruh titaniumnya pada palang sangkar, mereka gementar dan berkata, mereka tidak mahu dipatuk oleh paruh burung itu!

Glover mengambil Max sebagai anak angkat kerana selalu dibuli oleh burung yang lebih dominan dalam kawanannya. 

Max datang kepadanya apabila pemiliknya berpindah ke luar negara. Ia suka bersaing tetapi paruhnya lemah ketika bertarung dengan kakaktua lain,

Jadi, sbeliau  masukkan ia ke dalam sangkar berasingan dengan burung lain yang juga mempunyai paruh rosak. Namun, burung-burung itu bergaduh semasa musim mengawan kerana merebut seekor burung betina dan paruh Max yang lemah telah tercabut.

Tambahnya, burung itu terpaksa makan makanan lembut tanpa biji atau kacang dan selalu ‘sedih’. Berat badan Max seterusnya merosot dan Glover tidak tahu bagaimana burungnya  akan meneruskan hidup tanpa boleh makan atau melindungi diri. 

Kemudian beliau  terlihat dokumentari tentang haiwan  yang mempunyai anggota badan palsu seperti gajah, kuda belang dan babun, jadi dia  fikir mungkin boleh mendapatkan paruh baharu untuknya.
 

0/komen