Saya nak cerita sikit kisah rumahtangga saya. Saya kahwin masa tahun ketiga belajar dan isteri saya pun belajar di Univesiti yang sama. Tapi masa kahwin dia masih di tahun kedua. Ni saya nak pesan kat lelaki terutamanya. Korang nak pikat anak dara orang, biar ada matlamat. Jangan sekadar nak test market je ye. Kalau agak – agak tak ade niat nak peristerikan diorang, jangan sesekali mainkan perasaan diorang.
Saya pantang betul kalau orang main – mainkan perempuan ni Ok la berbalik kepada cerita saya, sekarang kami dah masuk 4 tahun kahwin. Kahwin masa belajar memang sangat mencab4r. Kalau iman tak kuat, sabar tak ada dalam diri, memang good bye je la pada pasangan masing – masing. Kalau korang nak tau, isteri yang mula – mula lamar saya. Mula – mula lamar terima sebab kesian. Tapi bila dah 2 3 bulan saya kenal hati budi dia, baru saya tahu, diri saya yang lebih kasihan sebenarnya, bukan dia.
Kami kahwin
pun simple je beb. Akad nikah, kenduri sikit. Sump4h saya kata, saya tak ade duit masa tu. Tapi isteri saya terima lebih daripada saya terima diri saya sendiri. Sedih kan! Saya hanya mampu bagi dia cincin belah rotan biasa je masa nikah. Itu lah mas kahwin, itulah hantaran. Tapi bagusnya isteri saya tak pernah merungut langsung. Tak pernah sekali pun dia ungkit tentang hal tu. Masa belajar, kitorang duduk asing – asing. Duduk dalam kampus. Saya sibuk belajar sebab dah dekat final year. Punya taat isteri saya ni, tak pernah sekalipun dia miss jumpa saya tiap – tiap hari. Setiap pagi kompem dia call saya, mintak saya doakan dia jadi isteri yang baik, mintak Allah selamatkan dan rahmati rumahtangga kami.
Waktu lunch, walaupun dia tak masak sebab duduk hostel tapi dia selalu belikan saya makanan. Dia akan pastikan perut saya kenyang. Saya ni kadang – kadang mnyesal jugak, sebab waktu saya sibuk, saya tak tanya isteri pun dah makan ke belum. Tapi, isteri syurga ni, tiap – tiap malam call saya sebab nak mintak maaf atas kesalahan – kesalahan dia. Sekarang isteri saya dah grad. Dah dapat kerja dan saya pun sama. Walaupun gaji isteri lagi besar daripada gaji saya, dia tak pernah nak rasa tinggi diri. Sekarang ni mak saya sakit. Isteri saya sanggup ambik cuti tanpa gaji.
Dia nak jaga mak saya. Serius, saya menitis air mata nak citer kat korang ni. Saya tengok isteri semalam tido, lesu badan dia. Mata dia penat sangat! Saya tengok dia betul – betul sabar jaga mak saya. Kencing berak semua dia jaga. Mak saya dah uzur
sangat. Tapi tak pernah sekalipun bila saya balik kerja, saya tengok mak kotor ke, bau hancing ke.. Tak! Mak saya selalu bau wangi. Sebab isteri saya selalu mandikan mak. Saya tak tahu apa jadi kalau saya hilang isteri saya. Dia bagaikan nyawa saya.
Saya nak gi outstation, dia yang kemas semua barang – barang saya. Saya tak cukup seluar dalam masa kursus, saya nak gi beli baru, saya sendiri pun tak tahu saiz. Gila kau nak tanya orang jual tu? Saya call isteri tanya saiz seluar dalam. Lantak la korang nak gelak pun. Kalau korang kat tempat saya, korang tahu nilai isteri yang dinikahi dengan serendah rendah mahar nii.
Isteri saya, yang saya terima kerana kasihan itulah yg buat saya insan paling bahagia atas dunia ni. Kalau diberi 1000 wanita lain, saya tak nak. Saya tak nak! Apa – apa pun hari ni hari ulangtahun kelahiran isteri saya. Saya dapat bonus 3 bulan gaji. Saya tahu isteri jenis tak suka nak mewah – mewah, cincin emas apa semua. Walaupun isteri saya tu kuat berkerja, keluarga dia pun orang senang, dia tak pernah demand. Jadi hari ni saya nak bawak dia balik ke tempat yang dia suka, iaitu universiti kami.
Tempat kami mula – mula jumpa. Korang doakan saya dengan isteri saya terus kuat. Walaupun isteri saya dah kurus, tangan dah kasar, dah tak segebu dulu, dialah wanita paling cantik pernah saya jumpa. Untuk pengetahuan, isteri saya ni orang terengganu. Dulu saya tak pandai cakap terenganu.
Leni, saya master tranung bohh. Panjang pulak cerita saya. Ingat pesan saya ye. Jangan main – mainkan perasaan perempuan. Kalau ada mana – mana perempuan yang betul – betul sayang kau, dan kau main – mainkan dia, please la. Nanti kau kahwin, isteri kau akan main – mainkan kau pulak. Nauzubillahiminzalik.
Sekurang – kurangnya kisah sebegini dapat memberikan panduan buat pasangan lain yang sudah berumahtangga ataupun yang masih bujang. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah, ia memerlukan persefahaman dan tolak ansur selain dari rasa sayang dan cinta
Catat Ulasan