Keluarkan Hasil Ujian Covid-19 Yang Salah


Makmal ujian Covid-19 sebuah hospital di Australia membuat permohonan maaf selepas mengeluarkan pemberitahuan hasil ujian saringan yang salah kepada lebih 400 individu, yang sebenarnya positif virus itu.

Hospital St. Vincent’s di Sydney menyatakan,  perkhidmatan patologinya, SydPath telah menghantar pemberitahuan yang salah kepada pesakit-pesakit yang menjalani ujian  tindak balas rantaian polimerase transkripsi balikan (PCR) pada 23 dan 24 Disember lalu.

Menurut kata hospital tersebut dalam satu kenyataan , SydPath telah menghantar pemberitahuan kepada lebih 400 individu memaklumkan bahawa ujian saringan Covid-19 mereka adalah negatif, sedangkan mereka sebenarnya positif wabak itu.

Susukan kesilapan tersebut, satu siasatan dilakukan  bagi menyiasat insiden itu.

Pasukan tindak balas kecemasan sedang menyiasat punca kesilapan tersebut, yang dipercayai disebabkan oleh kesilapan manusia. Pihaknya  meminta maaf kepada  semua individu yang terlibat.

Pengarah Perubatan SydPath, Anthony Dodds berkata, makmal tersebut terlalu banyak mengendalikan saringan Covid-19  sejak kebelakangan ini yang mungkin menjadi punca kepada kesilapan dalam pemberitahuan itu.

Sejurus  pihaknya mendapat tahu mengenai perkara ini, SydPath terus menghubungi kesemua individu terbabit.

Dalam pada itu, seorang pesakit yang terlibat memberitahu bahawa selepas dimaklumkan keputusan ujian saringannya adalah ‘negatif’, dia berasa skeptikal kerana mengalami gejala-gejala berkaitan Covid-19.

Beliau  berasa tidak sihat kerana semua gejala yang dia  alami adalah berkaitan Covid-19. Jadi, Beliau  berpendapat bahawa PCR itu pasti salah.
 

0/komen