Seorang lelaki di Finland meletupkan kereta jenama Tesla Model S miliknya yang berharga kira-kira AS$95,000 (RM 398,563) setelah kenderaan tersebut rosak, manakala kos baik pulihnya amat tinggi.
Tuomas Katainen membeli kereta itu pada 2013 sebelum rosak setelah jarak pemanduannya mencecah 1496.7 kilometer.
Setelah sebulan berada di bengkel, mekanik memberitahu bahawa dia perlu menggantikan ‘keseluruhan sel bateri’ pada harga 20,000 euro (RM 95,004.83).
Menurut kata Tuomas kepada pesohor YouTube daripada saluran Pommijätkät, beliau beritahu mereka yang dia akan mengambilnya tanpa dibaiki. Namun, beliau meletupkannya.
Tuomas bertindak mendapatkan bantuan pasukan lagak ngeri yang menjalankan rancangan realiti di saluran itu untuk meletupkan keretanya.
Kru lagak ngeri itu meletupkan kereta itu di sebuah bekas tapak kuari di kawasan bersalji Jaala. Mereka meletakkan kira-kira 33 kilogram bahan letupan pada badan kereta tersebut.
Patung manusia yang dipakaikan topi keledar dan topeng mirip wajah pengasas Tesla, Elon Musk dijatuhkan dari sebuah helikopter sebelum diletakkan di tempat duduk pemandu.
Tuomas bersama kru tersebut bersorak setelah kereta diletupkan.
Lelaki itu menganggap bahawa letupan tersebut lebih bermakna daripada menyimpan kereta Tesla yang tidak berfungsi
Catat Ulasan