Pemandu Yang Sengaja Melanggar Lampu Isyarat Punca Kemalangan


Kecuaian pemandu yang sengaja melanggar lampu isyarat merupakan salah satu faktor utama kemalangan berlaku di negara ini sehingga mengundang bahaya kepada orang lain.

Menerusi  satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan satu kejadian kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal dengan sebuah kereta jenis SUV.


Klip video  ini  menunjukkan, kejadian malang itu bermula apabila pemandu SUV tersebut dilihat melanggar arahan lampu isyarat yang berwarna merah sebelum dirempuh oleh sebuah motosikal yang baru memulakan perjalanan dari arah simpang lain.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.Rata-rata orang ramai dilihat berang dengan tindakan pemandu kereta itu yang sengaja menyebabkan kemalangan berlaku.

Kurang ajar pemandu kereta terlibat sebab punca orang lain yang sakit, anggap nyawa orang lain macam tiada nilai.

Pelik sebab asalnya kereta itu berhenti, Kenapa tiba-tiba bergerak langgar lampu isyarat, dah susahkan pengguna lain.

Ini jenis pemandu yang pentingkan diri sendiri, tak peduli nyawa pengguna jalan raya yang ada.

Saksi kejadian  di mohon tampil membuat laporan di balai polis berhampiran agar dapat membantu keluarga mangsa mendapatkan pembelaan.
 

0/komen