Plastik Dalam Perut Ikan


Kewujudan plastik yang terdapat di dalam perut ikan perlu mendapat perhatian orang ramai supaya lebih  berhati-hati.

Keadaan ini berpunca daripada sampah yang kita buang dan kemudian dimakan oleh makan dan serap ke dalam badan kita. Mikroplastik adalah kemunculan bahan pencemar baru iaitu zarah plastik yang mempunyai diameter kurang daripada 5 milimeter.

Rata-rata orang ramai tidak menyedari kehadiran mikroplastik dan kesannya terhadap alam sekitar.

Terdapat kajian yang menyenaraikan jenis makanan laut yag perlu dijauhi terutama oleh wanita mengandung disebabkan kesan kepada bayi dalam kandungan.

Sampah dalam ikan yang kita makan akan mempengaruhi sistem pembiakan manusia dan imun.

Kadang-kadang kita sudah cuba yang terbaik untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Tapi tidak bagi sesetengah orang. Lambat laun kita akan terkena (kesan) sekali.

Dari sekolah rendah memang tidak buang sampah merata.Ini isu besar dan kita perlu bersama-sama menjaga alam.
 

0/komen