Putus Cinta Lalu Panjat Dan Tidur Atas Menara


Gara-gara putus cinta, seorang lelaki bertindak nekad dengan memanjat sebuah menara besi di Indonesia dan tertidur di atas menara tersebut.

Pemuda tersebut dilaporkan memanjat menara setinggi 80 meter, berdiri di atasnya dan akhirnya tertidur.

Aksi nekadnya menimbulkan kekecohan dengan orang ramai berkumpul di bawah kerana bimbang dia akan bertindak di luar jangkaan.

Pihak polis turut dikejarkan ke lokasi kejadian yang dikatakan berlaku di Probolinggo, dalam wilayah Jawa Timur.

Selain itu, turut dibawa bersama polis adalah seorang wanita yang dipercayai bekas kekasih lelaki terbabit bagi tujuan memujuknya agar dia turun ke bawah.

Wanita tersebut dilihat menjerit  memanggil lelaki berkenaan untuk turun ke tanah. Tidak lama selepas mencuba, dia akhirnya akur dan turun ke bawah.

Ada-ada sahaja. Kalau kehilangan seorang kekasih, ada ramai lagi wanita di luar sana. Kalau sudah tiada jodoh, apa lagi yang boleh dilakukan jika begitu kehendak takdir.
 

0/komen