Tarikan Unik Di Belanda


Sebuah bangunan berwarna-warni di bandar Zaandam, Belanda yang kelihatan seperti bangunan Lego ternyata merupakan sebuah hotel sebenar.

Seorang jurugambar dron, Rutger den Hertog  berkata,  dia terdetik untuk merakam Hotel Inntel selepas menonton satu rakaman video yang menunjukkan bangunan unik itu di internet.

Apabila beliau melihat binaan ini dalam  aplikasi pemetaan Google Earth, dia fikir ia kelihatan sangat unik dari udara. beliau kemudian menggunakan dron untuk merakam imej hotel tersebut.


Hotel tersebut merupakan tarikan unik di Zaandam. Hotel  itu adalah  setinggi dua belas tingkat dan pada asasnya,  berbentuk segi empat sama.

Ia merupakan susunan monumental dan tafsiran pelbagai jenis rumah berwarna hijau yang merupakan satu pemandangan biasa di wilayah Zaan. 


 

0/komen