Belanja RM70,000 Untuk Tidak Kelihatan Seperti Manusia


Seorang lelaki sanggup membelanjakan wang sehingga £12,500 (RM71,526) untuk mengubah bahagian tubuhnya supaya tidak nampak seperti seorang manusia.

Lelaki berusia 28 tahun yang hanya dikenali sebagai ‘Black Depression’ menerusi laman Instagramya itu telah mencacah tatu pada wajahnya yang kelihatan seperti permainan teka-teki jigsaw, membuang sebahagian telinganya, menindik telinga dan hidung serta mewarnakan bebola matanya.

Dia juga melapisi giginya dengan titanium dan membelah lidahnya, menjadikan ia bercabang.

Beliau berminat terhadap pengubahsuaian badan sejak bertahun-tahun lamanya.

Beliau boleh menghasilkan dan mengubah badannya seperti apa yang dia mahukan dan tidak mengikut trend seperti kebanyakan orang lain lantas  menyifatkan dia telah menghasilkan trend sendiri selain tidak menggayakan apa yang digayakan orang lain.

Lelaki itu mula mengubahsuai badannya ketika berusia 20 tahun dengan menjalani prosedur membelah lidahnya.

Dia juga berkata masih belum berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan dan bercadang untuk melakukan lebih banyak perubahan ekstrem dalam masa terdekat
 

0/komen