Empat Tandas Dalam Satu Bilik


Sebuah rumah di negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) yang dibina dengan empat mangkuk tandas dalam satu bilik air telah mencecah harga sehingga $450,000 (RM1.88 juta) di pasaran.

Empat mangkuk tandas itu tidak dipisahkan oleh penghadang malah dibina dalam satu baris dengan jarak hanya beberapa inci. 

Ia dibina dengan sangat rapat sehingga empat orang ahli keluarga dapat menggunakannya serentak sambil berpegangan tangan.

Dalam pada itu, empat sinki turut dibina bertentangan dengan empat mangkuk tandas tersebut, menggambarkan bahawa kebersihan menjadi keutamaan dan bukannya privasi. 

Ruang itu dibina di dalam sebuah rumah di bandar Milwaukee oleh keluarga Fowle pada tahun 1851. 

Ia mempunyai lantai kayu keras, siling beralang, balkoni bertutup serta sebuah apartmen lengkap di bahagian belakangnya.

Menurut ejen hartanah, Jane Dichristopher dari agensi hartanah antarabangsa,ketika dibina, rumah itu tidak mempunyai empat mangkuk tandas namun ditambah oleh Pasukan Pengakap Puteri lalu didermakan oleh pemiliknya sekitar tahun 1920 atau 1930.

 

0/komen