Seorang mekanik mendapat nasib malang apabila kereta Ferari jenis Enzo bernilai £2.5 juta (RM14.26 juta) yang dipandunya untuk dihantar kepada pengedar kenderaan dilaporkan merempuh sebatang pokok.
Kejadian dilaporkan berlaku di bandar Baarn, selatan Amsterdam, Belanda.
Pemandu itu dilaporkan tidak cedera, namun dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Pengedar kenderaan tempatan itu berada hanya dua kilometer dari kawasan kejadian. Kereta itu adalah milik pelanggan.
Menurut saksi kejadian,ia melanggar tunggul pokok di tepi jalan lalu pada bahagian tempat duduk penumpang. Beliau tidak pasti bagaimana ia berlaku.
Hanya 400 buah kereta Ferari jenis Enzo dikeluarkan antara tahun 2002 hingga 2004
Nilai kereta itu telah meningkat sejak awal pelancarannya yang bermula pada harga £450,000 (RM2.57 juta).
Sebuah kereta Enzo keluaran 2003 telah dijual oleh rumah lelongan Sotheby’s pada Ogos tahun lalu pada harga £2,463,132 (RM14.06 juta).
Catat Ulasan